Penyulitan dan metadara DVB

Sistem capaian bersyarat (DVB-CA) mentakrifkan satu Algoritma Campur Aduk Sepunya (DVB-CSA) dan satu Antara Muka Sepunya fizikal (DVB-CI) untuk mencapai kandungan yang dicampur aduk (scrambled). Penyedia DVB-CA membangunkan sistem capaian bersyarat milik penuh mereka dengan rujukan kepada spesifikasi ini. Sistem CA berentak berbilang boleh ditugaskan ke strim program DVB yang dicampur aduk dengan menyediakan fleksibiliti operasi dan komersial untuk penyedia perkhidmatan.

DVB juga membangunkan satu sistem Pengurusan Perlindungan dan Salinan Kandungan (Content Protection and Copy Management) untuk melindungi kandungan setelah diterima (DVB-CPCM), yang bermaksud untuk membolehkan penggunaan fleksibel bagi kandungan dirakam di dalam atau luar rangkaian rumah, sambil menghindari perkongsian yang tidak terkawal di Internet. DVB-CPCM banyak menimbulkan pertikaian dalam media yang mana adalah dikatakan bahawa CPCM ialah penyelesaian kepada American Broadcast Flag yang gagal.[1]

Pengangkut DVB termasuk metadata yang dipanggil Maklumat Perkhidmatan (DVB-SI, ETSI EN 300 468, ETSI TR 101 211) yang menghubungkan pelbagai strim-strim asas kepada program-program yang koheren serta menyediakan huraian yang boleh dibaca manusia untuk panduan program elektronik dan juga untuk gelintaran dan penapisan automatik.

Baru-baru ini, DVB telah menerima satu profil metadata yang ditakrifkan oleh Forum TV-Anytime (DVB-TVA, ETSI TS 102323). Ini merupakan satu teknologi berasaskan XML Schema dan profil DVBnya dibina khusus untuk Perakam Digital Peribadi yang ditingkatkan. DVB juga memulakan satu kegiatan membangunkan satu penyelesaian untuk IPTV (DVB-IPI, ETSI TR 102033, ETSI TS 102034, ETSI TS 102814) yang turut merangkumi takrif metadata untuk panduan kandungan jalur lebar (DVB-BCG).